Sebelum ini, masjid ini sangat sempit hingga menyebabkan jemaah masjid terpaksa solat di kawasan tempat wuduk dan juga kekurangan ruang untuk aktiviti-aktiviti keagamaan.
Namun, kami dapati pengurusan Masjid Yokohama terpaksa berhutang sementara demi menghidupkan aktiviti keagamaan dan dakwah serta melebarkan syiar Islam di sana. Hasil projek wakaf ini mampu bantu segerakan pelangsaian hutang masjid ini agar masjid mampu beroperasi dengan lebih baik untuk menyebarkan ajaran Islam.
Masjid ini adalah yang pertama dan terbesar di Yokohama. Sangat berhampiran dengan bandar Yokohama. Yokohama merupakan bandar kedua terbesar dan menjadi pusat tarikan untuk komuniti Jepun datang belajar mengenali dan mendekati Islam serta sebagai pusat tarikan pelancong.