Masjid Ar-Rahmaniah Tronoh wujud sejak 1964 antara masjid utama di pekan Tronoh. Namun kapasiti masjid lamanya hanya mampu memuatkan seramai 500 orang jemaah. Sedangkan jumlah jemaah yang hadir untuk khasnya solat Jumaat dan Solat Hari raya melebihi 800 orang menyebabkan ada jemaah yang terpaksa solat di hadapan tempat wuduk.
Tapak masjid yang rendah juga sering banjir kilat apabila hujan, bumbung masjid selalu bocor, selalu blackout disebabkan wiring system kapasiti rendah, tidak mesra muslimah yang mana tandas jauh dan tidak mesra OKU.
Kerja-kerja yang sedang berjalan sehingga hari ini seperti pembersihan tanah, set sempadan, set bucu bangunan, penentuan kiblat, tanam cerucuk (piling), dan konkrit.