Apa itu Wakaf Dan Maksud Sebenarnya

Apa itu wakaf?

Apa itu wakaf? Wakaf atau waqaf bermaksud berhenti atau menahan. Wakaf adalah perkara soleh dan cabang ibadah yang memberi manfaat kepada orang ramai dengan menyerahkan harta bendanya untuk kebajikan. 

Tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah. Waqaf boleh dilakukan dengan harta yang kekal seperti wang tunai, rumah, tanah dan juga bangunan.

 

Kelebihan Wakaf

Para fuqaha berpendapat bahawa wakaf merupakan satu amalan soleh yang mendapat pahala berpanjangan kepada pewakaf dan berterusan hingga hari akhirat selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah SWT. Disebabkan itu, harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, diwarisi, dipusakai dan dihibah.  

“Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Hikmah berwakaf

  1. Dapat berkongsi manfaat di kalangan umat islam
  2.  Belajar bahawa harta yang kita ada tidak kekal dan perlu dikongsi.
  3. Satu amalan yang tidak putus ganjaran
  4. Mengeratkan silaturrahim apabila masyarakat dapat rasa manfaat yang sama.

 

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

 

Wakaf MyFundAction General
Gambar contoh

Syarat Wakaf

  1.       Pewakaf Merdeka Baligh Berakal Berkelayakan untuk berwakaf Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )
  2.       Harta yang diwakafkan Harta yang mempunyai nilai Harta yang boleh dipindah milik Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan. Harta adalah milik sempurna pewakaf
  3.       Penerima manfaat wakaf Penerima khusus samada seorang atau lebih Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)   
  4.       Lafaz akad Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

 

Rukun Wakaf

  1. Pewakaf (Al-Wakif)
  2. Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
  3. Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)
  4. Lafaz Akad ( Al-Sighah)

 

Sekiranya anda ingin berwakaf dengan MyFundAction, anda boleh terus klik link disini!

Sumber dari maij.gov.my

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *