PROJEK WAKAF AL-QURAN (JEPUN)

Hikari Box adalah satu projek Wakaf Al Quran serta barangan keperluan asas untuk saudara baru atau Muallaf di Jepun.  Hikari Box telah diisi dengan Al-Quran terjemahannya dalam bahasa Jepun, Telekung, Sejadah, Tasbih Digital, Rakaman Panduan Solat dan Kad Ucapan.

Sasaran projek bernilai RM 1 juta, anggaran 500 kotak Hikari Box (Al-Quran) untuk diedarkan setiap bulan bagi membantu saudara baru kita disana.

Projek wakaf ini dapat bantu mereka mempelajari tentang Islam dengan memberikan Al-Quran secara percuma kepada mereka untuk kenal islam dengan lebih dekat dan juga yang datang ziarah masjid atau hadir aktiviti sosial di masjid.

Di Jepun, Al-Quran dalam Bahasa Arab dan terjemahan maksud dalam Bahasa Jepun sangat terhad dan mahal harganya.

Anda boleh wakaf ikut kemampuan anda!

Wakaf Al-Quran

Terjemahan Bahasa Arab – Bahasa Jepun

  • Hikari Box 1 Slot = RM30
  • Hikari Box 6 Slot = RM180
  • Hikari Box 30 Slot = RM900
  • Hikari Box 60 Slot = RM1800

atau

Pilih jumlah wakaf yang anda ingin berikan.

RM25,339 of RM1 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Actions
Akad Wakaf Required

Donation Total: RM30.00

Firman Allah SWT

” Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

– Surah Al – Baqarah : 261